Wednesday, December 29, 2010

Wednesday, December 22, 2010

senja




.HOBI baru.

sekarang jam di dinding menunjukkan pukul 4.39 a.m. sangat syiiok sbb aku xboleh nak pejamkan mata yang dah kuyu ni. disebabkan aku tak boleh nak tido, aku berkeras hati nak post entry baru ni blog yang bersawang ni.

di keheninggan pagi ni aku tetibe terfikir nak cari hobi baru yang memberansangkan minda dan yang paling penting sekali hobi tu mesti laa tak membosankan.

aku ada jugak bercadang nak belajar memasak tapi apakan daya hanya separuh jalan (hampa) tapi takpe sebab aku dah berjaya masak bihun goreng. satu pencapaian untuk diri aku sendiri woo (dari hampa bertukar bangga). disebabkan aktiviti memasak tak memberansangkan, aku ingat laa kan, aku nak tukar ke aktiviti apa saja yang syiioook. cuba semua benda baru dan belajar semua benda baru (harap2 laa).

sebabnya aku dah bosan menempuh agenda dan isi kehidupan yang sama setiap hari. cuba kamu dan kamu dan kamu semua berfikir, tidakkah kamu inginkan sesuatu yang baru (yang baik2 dan halal saje yeaa) dalam kehidupan seharian kamu semua wahai warga 1Malaysia. tidakkah kamu ingin bangun setiap pagi untuk menempuh sesuatu yang baru dan sesuatu yang tidak disangka. benda baru + cabaran baru = menyeronokkan. aku rasa kamu semua pun mesti (confirm) dapat tahu kelemahan dan kekuatan diri yang sebenar dengan adanya benda2 baru tersebut.

maka saya sebagai pemegang mohor-mohor di raja mengisytiharkan bahawasanya HOBI BARU saya adalah menCUBA BENDA BARU :D muktamad.

aku rasa benda tu boleh jugak dimasukkan dalam azam tahun baru akan datang. aku sangat2 rasa kamu dan kamu semua wajib cuba :D

.SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday, December 15, 2010

pengHARGAaan :)

entry kedua ini adalah penghargaan yang aku nak tulis untuk followers PERTAMA blog comot dan berterabur ni. aku sangat simpati kepada beliau kerana terpaksa membaca penulisan aku yang tunggang terbalik tapi tak tau laa jugak kalau dia baca or tak kan :D hahahaha. bergurau senda saje laaa.
followers pertamaku ni bernama Syamimi Rose Ady. itu nama profile dia laa. aku xtau laa pulak nama sebenar dia dan berbinti kan siapa. ini adalah blog dia sendiri http://thisismimie.blogspot.com/ :D mari follow beliau secara reramai. aku sibuk ajak korg follow dia padahal aku pun tak follow lagi :P
TAHNIAH kepada beliau berkali2 lagi :D

Saturday, December 11, 2010

Cubaan pertama!!!

ni cubaan pertama aku nak tulis blog yg begitu popular sekarang ni. aku pun tak tau sebenarnya macam mana blogger2 yang hebat semua tu boleh tulis panjang2 pasal apa yang diaorang duk fikirkan dalam kepala hotak pastu terus karangkan dalam blog masing2. aku nak start tulis perenggan pertama ni pun makan masa berjam2. dahsyat wooo blogger2 tu semua.

best jugak sebenarnya tulis kat dalam laman sesawang ni yeeaa.(sorry ayat aku agak skema sbb terlebih teruja nii) kamu dan kamu yang membacanya pun wajib teruja woooo!!!

aku rasa untuk percubaan pertama nii cukup laa sampai sini jeee. saje jee nak test power sebenarnya. baru minum power root laa katakan :P

akhir kata, TAHNIAH kepada diri aku sendiri sbb dah ada blog!!! (bangga wooo :P).
TAHNIAH jugak laa kepada kamu kamu semua yang dah terbaca blog yang kurang kemas nii :D



*aku rasa semua yg aku tulis tu merepek merapu. minta maaf kpd pembaca.