Wednesday, December 22, 2010

.HOBI baru.

sekarang jam di dinding menunjukkan pukul 4.39 a.m. sangat syiiok sbb aku xboleh nak pejamkan mata yang dah kuyu ni. disebabkan aku tak boleh nak tido, aku berkeras hati nak post entry baru ni blog yang bersawang ni.

di keheninggan pagi ni aku tetibe terfikir nak cari hobi baru yang memberansangkan minda dan yang paling penting sekali hobi tu mesti laa tak membosankan.

aku ada jugak bercadang nak belajar memasak tapi apakan daya hanya separuh jalan (hampa) tapi takpe sebab aku dah berjaya masak bihun goreng. satu pencapaian untuk diri aku sendiri woo (dari hampa bertukar bangga). disebabkan aktiviti memasak tak memberansangkan, aku ingat laa kan, aku nak tukar ke aktiviti apa saja yang syiioook. cuba semua benda baru dan belajar semua benda baru (harap2 laa).

sebabnya aku dah bosan menempuh agenda dan isi kehidupan yang sama setiap hari. cuba kamu dan kamu dan kamu semua berfikir, tidakkah kamu inginkan sesuatu yang baru (yang baik2 dan halal saje yeaa) dalam kehidupan seharian kamu semua wahai warga 1Malaysia. tidakkah kamu ingin bangun setiap pagi untuk menempuh sesuatu yang baru dan sesuatu yang tidak disangka. benda baru + cabaran baru = menyeronokkan. aku rasa kamu semua pun mesti (confirm) dapat tahu kelemahan dan kekuatan diri yang sebenar dengan adanya benda2 baru tersebut.

maka saya sebagai pemegang mohor-mohor di raja mengisytiharkan bahawasanya HOBI BARU saya adalah menCUBA BENDA BARU :D muktamad.

aku rasa benda tu boleh jugak dimasukkan dalam azam tahun baru akan datang. aku sangat2 rasa kamu dan kamu semua wajib cuba :D

.SEKIAN TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment